Saturday 16 February 2013

Rahsia Kecantikan Alami: Yela tu!!?



#Life #Kongsi #SharingIsCaring

Apa RAHSIA KECANTIKAN yang sebenarnye? kulit halus mulus berseri? bibir muncung seksi? dahi licin? dagu runcing? body mantap? adekah disebabkan faktor genetik? DNA? Mak bapak? Atuk nenek? darah latino? brazillian? Bla bla bla bla~

Takde rahsia pon sebenarnya. RAHSIA nak cantik hanya SATU. Perasaan BAHAGIA dan CONTENT yang datang dari dalam ruhani. Bila hidup terasa macam melalui hari-hari yang HAPPY dan BERMAKNA secare automatis cahaya Nour akan terpancar dari muka insan. Tak kisah lah die gemuk ker hitam ker mengerutu ker. Muka jernih dan mata yang bercahaya ini sangat rare dan payah nak jumpa orang macam ni.

Nak tengok contoh paling senang cuba kite tengok muka baby. Baby ni dia siape-siape pun die senyum. Kite perasan ker tak perasan ker ade dia peduli?? Dia senyum je. They smile for the sake of the smile itself. Senyuman iklas yang tak mengharapkan ape-ape. But this doesn't mean that we have to be baby again to have such face.

Nak dapat muka bercahaya ni boleh jadi kalau ada usaha. Usaha nak kelihatan cantik, jaga muka, tubuh badan. Usaha memperbaharui iman kita setiap masa. Perbanyakkan ucapan tiada tuhan melainkan Allah. Kita akan memperbaharui iman kita dengan banyak bercakap pergertian kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Pembersihan hati sentiasa. Semoga dengan rahmat-Nya kita menjadi insannya yang cantik luar dan dalam. Seindah ciptaan-Nya. Kerana Dia sukakan sesuatu yang indah.
إن شاء الله



No comments:

Post a Comment